Bismillah Iraha -ma -nerahim Salam Ramadhan Al Mubarak buat para sahabat yang dikasihi Allah…

Alhamdulillah, hari ini bertemu lagi mengisi permintaan rakan-rakan yang bertanyakan soalan bagaimana Pn Aniz untuk menikmati rezeki yang berkat, murah dan lancar tanpa ada halangan. Mudah-mudahan TIPS yang dibawakan hari ini dapat membantu, haa yang pasti juga disini YANG WAJIB disyariatkan Allah jangan pula dipandang ringan. Sama-sama kita sujud dan BERMOHON kepada PEMILIK KEAGUNGAN, KEKUASAAN & KEKAYAAN itu…insyaAllah mudah-mudahan DOA kita dimakbulkan Allah.

Buat para SUBSCRIBER yang telah menikmati “bingkisan ilmu’ bagaimana menikmati KEBEBASAN KEWANGAN & MENGGUGURKAN PERKATAAN “HUTANG” yang menghalang keterujaan menikmati kemurahan rezeki Allah diharapkan TIPS hari ini akan MERANCAK & MELANCARKAN LAGI JEJAK GEMILANG kalian mencipta kebebasan kewangan. Pentingtu…nikmat KESIHATAN, KEBAHAGIAN, KEKAYAAN, IMAN & TAQWA semuanya harus berpaksikan mencari “KEREDHAAN ALLAH” insyaAllah hati akan SEJAHTERA!!! Haa duit banyak kalau sakit pun tak guna, duit banyak kalau tak bahagia derita, huru hara pun takde makna apatah lagi KETENANGAN tidak hadir, betul tak??? Ketenangan, kebahagian, kasih sayang, iman, taqwa, kekayaan, kesihatan semuanya MILIK ALLAH…InsyaAllah saya mendoakan agar kita semua diberi perhatian oleh Allah swt dan mudah-mudahan KITA INI ADALAH DIKALANGAN “PEMINJAM-PEMINJAM” BERTUAH yang dikasihi Allah…

Mudah-mudahan dengan PINJAMAN kita dapat hidup dengan LEBIH SEJAHTERA di dunia dan BEREHAT dengan TENANG nanti di perkampungan abadi kita di akhirat nanti, Amin Ya Rabbal Alamin.

Formula 1 : Surah Al-Waqiah

Formula 2 : Ayat 1000 Dinar

Formula 3 : Solat Dhuha & Doa Murah Rezeki

Salam Rahmat!

SUBSCRIBE

Dapatkan cenderahati eksklusif ebook RAHSIA AURA serta tips dan inspirasi kehidupan

Name:
Email:
 
Powered by Optin Form Adder
Share and Enjoy:
  • Print this article!
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • E-mail this story to a friend!

all new rxwater


Saksikan LINK VIDEO Klip di bawah bagaimana AIR memiliki RAHSIA yang tersendiri…AIR SIHAT insyaAllah bakal menjadi SYNERGI KEHIDUPAN YANG LEBIH SEJAHTERA & KEUPAYAAN MENGECAPI HIDUP LUAR BIASA mampu direalisasikan…bukan sesuatu yang mustahil andai bijak & berani memberi ruang dan peluang ini terhadap diri anda!



Mukjizat Air Sbg PENAWAR & AGEN TRANSFORMASI Impian

AURA HEBAT…ANDA HEBAT!!!Bagaimana ingin memiliki AURA DIRI YANG HEBAT…TEMUI KEAJAIBAN PENJEJALAHAN KEINDAHAN INI  DI DALAM THE ALL NEW RX WATER…ANDA PASTI TERUJA!

~ Memetik kata-kata semangat ILHAM INDAH PENCETUS TEKNOLOGI HEBAT ini Dato’ Dr.  Noordin Darus :

“Well done, sungguh meyakinkan dan nampak profesional serta ikhlas. harap yg lain dapat belajar. dan praktikkan selalu. Ini REZEKI ALLAH YANG TIDAK BOLEH DIDUSTAI SESIAPAPUN. InsyaAllah BUKTI-BUKTI ini boleh meningkatkan lagi peluang utk mereka yg baru nak berjinak dgn rxWater/17 supaya lebih confident utk bersaing di pasaran”

~Mudah-mudahan KEIKHLASAN, KEJUJURAN, INSPIRASI membawa RAHMAT Allah kepada dunia, kita diberikan KESEJAHTERAAN YANG LEBIH GEMILANG, KEJAYAAN YANG LEBIH GEMILANG , KEMULIAAN YANG LEBIH GEMILANG, KEKAYAAN YANG LEBIH GEMILANG DAN KEHARMONIAN YANG LEBIH GEMILANG…semuanya berpaksikan keredhaan Allah dalam setiap langkah ini! Mudah-mudahan menggalas amanah sebagai khalifah di bumi Allah dapat kita berikan dengan cemerlang demi ksejahteraan hidup di dunia dan kerehatan yang kekal di akhirat nanti! Amin Ya Rabbal Alamin…

The HEALING BLESSING WATER from Allah…walau kita jauh dari tanah suci tapi MasyaAllah energy Rx 17 dan All New Rx Water hampir sama menyamai AURA air zam zam…inilah BUKTI KASIH SAYANG ALLAH sebenarnya! MasyaAllah…

Salam Rahmat…Salam Keindahan Ramadhan Al Mubarak!

SUBSCRIBE

Dapatkan cenderahati eksklusif ebook RAHSIA AURA serta tips dan inspirasi kehidupan

Name:
Email:
 
Powered by Optin Form Adder
Share and Enjoy:
  • Print this article!
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • E-mail this story to a friend!

white-flower-ground_~1802117

Bismillah…

Pertemuan kami satu RAHMAT

Kehidupan pantas berlalu pelbagai pengalaman dan perjalanan ditemui…ada ketika diuji silih berganti ye tak? Sakit lawannya sihat, siang lawannya malam…sejahtera lawannya runsing…hidup lawannya mati. Bercerita tentang KEMATIAN baru-barunie saya berkesempatan mendengar sendiri pengalaman seorang hamba Allah yang telah lemah yang teramat lemah  denyutan jantungnya hampir sahaja terhenti selama 30minit namun KEKUASAAN ALLAH membuktikan kesaksian KEHEBATANNYA. Pakcik A kini berusia 72 tahun…memulakan perbualan kami ketika menunggu tetamu yang hadir untuk Majlis Tahlil Arwah Along kakak ipar saya yang telah kembali ke rahmahtullah lewat 29 June 2010 yang lalu (Al-Fatihah buat Almarhummah Norhanafiah Bt Bustana…Semoga ruh-Mu di cucuri rahmat..Amin Ya Rabbal Alamin)  Ramah Pakcik A memulakan sapaan mengucap SALAM TAKZIAH pada abang ipar yang baru kehilangan isterinya tercinta. Pelbagai KATA-KATA NASIHAT dan PERANSANG diberikan…is A BLESSING indeed pertemuan kami malam itu. Allah HADIRKAN hadiah…PENAWAR beharga insan yang pernah melalui peristiwa hebat 2 kali kematian isteri tercinta juga ibarat MATI HIDUP SEMULA.

Pengalaman Melalui GRIEVING kematian…

Ibarat guru bercerita Pakcik tidak lokek dengan ilmu dan pengalaman. Katanya saat pertama beliau kehilangan isteri 20 tahun yang lalu namun Allah itu MAHA ADIL berkat doa tulus agar terubat hati yang sedih beliau memohon ke hadrat Ilahi berharap agar diberikan PENGGANTI yang lebih baik untuk menemani perjalanan beliau lebih-lebih lagi dengan anak kecil berusia 1 tahun setengah ketika itu yang memerlukan kasih sayang, belaian dan asuhan insan bergelar IBU.  KASIH ALLAH sangat hebat, alhamdulillah Allah menjawab doa Pakcik A sebulan selepas kematian arwah isterinya beliau berkahwin semula. Memang BENAR sekali!  Allah tidak pernah mungkir janji selepas yang pahit pasti ada MANIS yang menanti keikhlasan arwah isteri keduannya memang hebat dan terserlah bukan HIPOKRIT kepura-puraan menambat hati tapi tulus murni dari jiwa yang pengasih, sabar dan halus bergelar IBU. Kemanjaan, belaian kasih sayang yang diberikan pada anaknya tidak pernah berbelah bagi walaupun menerusi perkahwinan baru mereka dikurniakan 5 orang cahayamata lain.Pada usia menginjak 20-an anak gadisnya masih sering dan selalu berbaringan di riba arwah isteri keduanya (teringat saya akan arwah ibu dulu begitu jugalaa kasih sayang kami toksahkan 20-an dah usia 30-an pun masih manja-manja dan makan bersuap lagi dengannya…kasih sayang yang erat apabila hilang sedikit-sebanyak terkesan juga perjalanan bergelar INSAN, insyaallah nantikan KUPASAN bagaimana mekanisme psikologi individu melalui FASA GRIEVING ini dlm siri akan datang, insyaallah)

Isteriku “Dijemput” Lagi…

Dan lewat December 2009 yang lalu pada usia 56 tahun isteri keduanya pula menyusul menyahut panggilan Ilahi. Kini perjalanan Pakcik A diteruskan bersama-sama anak-anak. Namun ada SATU KISAH yang menarik PERHATIAN saya iaitu pengalaman beliau sendiri melalui alam ruh…tapi tak lama lebih kurang 30minit dengan tahap peratus nyawa yang sangat-sangat lemah hanya 10 peratus. Katanya tiba-tiba dia melihat seolah ada cahaya dan orang-orang ramai berkumpul sanak-saudara dan rakan terapat, masing-masing dengan wajah yang sedih…dalam kelibat ramai orang berkumpul itu Pakcik A cuba MELOLOSKAN DIRI dan ALANGKAH terkejutnya beliau apabila melihat sekujur tubuh kaku di katil hospital adalah miliknya.

Saat PALING INDAH bila dimandikan…sungguh benar LUAR BIASA!!!

Pengalaman dan penglibatan beliau dalam program fardhu kifayah PENGURUSAN JENAZAH tiba-tiba menjengah. Jelas terbayang di dalam imbasannya beliau dimandikan  dalam persiapan untuk pengurusan jenazah. SUBHANALLAH!!!SAAT INILAH saat yang paling indah…paling manis… KENIKMATANNYA sukar digambarkan seolah-olah melalui pengalaman INDAH saat pertama menyambut cahayamata malah LEBIH INDAH dan DALAM lagi rasanya…BERSIH…SUCI…BAHAGIA hanya Allah yang tahu. Inilah ruh-ruh yang dibawakan perkhabaran gembira saya kira bakal berehat dengan tenang di persemadian abadi di sana..

PERBEZAAN Makanan Bangsa Manusia dan Bangsa Ruh…

Pesan Pakcik A berdasarkan PENGALAMAN yang tidak ternilai saya belajar…I’ve learned life and death doesn’t make any diffrent apa yang berbeza cuma alamnya sahaja. Jasad akan mati tetapi tidak RUH. Jasad memerlukan makanannya yang tersendiri nasi, air, lauk dan sebaginya tetapi ALAM RUH…bangsa Ruh katanya tidak berdaya…HOPELESS hanya mengharap ingatan dan bekal insan-insan yang hidup di dunia ini…bacaan ayat suci, doa itulah MAKANAN mereka. Tanda kasih yang TULUS, MURNi dan IKHLAS dan tidak pernah luntur walaupun setelah hampir 20 tahun berlalu isterinya meninggal SETIAP HARI without failed Yassin dihadiahkan untuk santapan isteri tercinta di alam ruh. Begitu jugalaa kata-kata juga pesanan abah pada saya setiap detik dan saat , waktu JANGAN dilupakan kirimkan “makanan” buat arwah ibu. Kasihan sungguh jika INGATAN KASIH BEKALAN tidak dihulurkan hanya kerana kesibukan mengejar urusan dunia.

Dalam asyik menjelajah alam ruh…tetiba Pakcik A terdengar satu suara tapi bukan suara seolahnya MENYEDARKANNYA dan MEMBERITAHU beliau…”Oleh kerana engkau sering BERBUAT BAIK maka aku PANJANGKAN UMUR KAMU agar dengan ini engkau dapat terus berbuat kebaikan”. Dan tiba-tiba Pakcik tersedar saat itu Prof yang merawat operasi pembedahan jantungnya sedang memegang tangannya…Masyaallah!!!MIRACLES happen…sepanjang berpuluh tahun Prof ini merawat pesakit inilah PENGALAMAN pertama beliau berhadapan dengan KEAJAIBAN sebegini. Hinggakan Pakcik A ditanya apa RAHSIA amalan “pakai-pakai” Pakcik A hinggakan maut yang sepatutnya menjemput berdasarkan TEORI KEDOKTORANNYA tetapi kini Subhanallah…selamat dan panjang umur kerana Pakcik A telahpun selamat melalui saat-saat kritikalnya. Mudah sahaja rupanya “BERBUAT KEBAIKAN”…BERSIH HATI…IKHLAS…JANGAN ANGKUH…SOMBONG mahupun BONGKAK tidak kira sesama manusia apatah lagi dengan Allah.

Melalui PENGALAMAN INDAH ini Pakcik A BERIA-RIA berulang-ulangkali menyebuttt...life after death is REAL!!! Alam Ruh…hereafter itulah SEBENAR-BENARNYA “KEHIDUPAN KITA” nanti yang KEKAL. BEKAL di sana nantilaa yang perlu kita ambil PERHATIAN kerana ALAM itu KEKAL selamanya dan sesungguhnya ALAM DUNIA ini hanya “sementara”…sangat singkat katanya. Tiada guna harta berjuta, pangkat, darjat tapi tidak harmoni…PENGISIAN dan BEKALAN ALAM KEKAL dipandang enteng hanya kerana terpedaya…hati-hati pesan Pakcik A.

Pesanan juga PENGALAMAN Pakcik A merupakan INGATAN INDAH Allah buat kami…mudah-mudahan kita beroleh manfaat, ikhtibar dan pengajaran beharga dalam mengisi tuntutan duniawi dan ukhrawi. Bijaksana, ADIL, harmoni…DO GOOD THINGS IN LIFE…NO HARM dan GRATITUDE…Praise Allah for the “GIFT”. Setiap perencanaanNYA adalah “HADIAH KASIH” yang tidak ternilai mudah-mudahan kita tidak terus alpa, leka, lalai mahupun hina dalam kemurkaan Allah disebalik hadiah-hadiah “NIKMAT” mahupun sebaliknya kiriman Allah.

HIKMAH SEBUAH PERJALANAN...

Setelah melalui PENGALAMAN SUKA DUKA berusia 72 tahun kini Pakcik A SANGAT-SANGAT menghargai setiap inci kehidupan. Jika dulu hatinya agak keras sukar mengalirkan airmata tetapi kini jiwanya lebih halus…menghargai…sayu…takjub dan syukur dan hiba lebih-lebih lagi setiap kali berdepan dan berbicara dengan Allah berdoa. Tanda kehambaan seringkali membuatkan hatinya mudah sebak mengharapkan RAHMAT Allah…

Sesungguhnya 10hb Julai yang lalu menyaksikan sendiri LIVE TELECAST pengalaman beharga yang julung-julungkali dihadiahkan Allah pada hambaNYA…”A SECOND CHANCE TO BE ALIVE”…

Sehingga bertemu dalam siri seterusnya dalam kisah menangani KRISIS…STRESS…DEPRESSI mahupun GRIEVING DISEBANKAN KEMATIAN. Bagaimana mekanisme psikologi insan yang melaluinya dan bagaimana “inner technology” kekuatan emosi, minda dan spritual menanganinya???

Jumpa lagi!

Salam Inspirasi!

SUBSCRIBE

Dapatkan cenderahati eksklusif ebook RAHSIA AURA serta tips dan inspirasi kehidupan

Name:
Email:
 
Powered by Optin Form Adder
Share and Enjoy:
  • Print this article!
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • E-mail this story to a friend!